Gempar! Larangan Untuk Makan Kerang Dari Pantai Barat Sabah

Gempar! Larangan Untuk Makan Kerang Dari Pantai Barat Sabah

Ini bukanlah larangan pengharaman tetapi larangan orang awam dari memakan makanan seperti kerang, siput yang didapati dari pantai barat Sabah. KisahBest.My menerima maklumat terdapat dua orang awam maut dipercayai terkena keracunan selepas memakan kerang disebabkan fenomena air laut merah. Larangan ini bukan berpanjangan, tetapi hanya sementara sehinggalah keadaan benar-benar pulih.

Kerang-Pantai-Barat-Sabah

PAPAR — Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah.

“Orang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah.

“Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” katanya dalam kenyataan kepada di sini, hari ini.

Rabu lepas, dua kematian dilapor di Sepanggar, dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik berpunca daripada fenomena air merah di perairan pantai barat Sabah.

Rosnah berkata daerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar, dan Tuaran.

Rosnah turut memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan negeri juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisa pada 4 Jan dan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangat tinggi di dalam sampel kerang.

“Kawalan dan komunikasi risiko berkaitan bahaya kejadian air laut merah telah dilakukan kepada mereka yang terlibat dan pemimpin tempatan taman perumahan yang berkaitan. Di samping itu, sebanyak 30 poster mengenai bahaya kejadian air laut merah juga telah ditampal di kawasan tumpuan ramai di taman berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Perikanan Sabah akan memaklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan kejadian air laut merah dari masa ke semasa. — BERNAMA

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : Kosmo