Kes Bunuh Kejam 3 Beradik Di Alor Setar – Remaja 16 Tahun Ditahan

| December 2, 2013
 

Kes Bunuh Kejam 3 Beradik Di Alor Setar – Remaja 16 Tahun Ditahan | Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kematian tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini Sabtu lalu.

5

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pelajar itu yang merupakan kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam tadi. “Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang Sabtu lalu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat lalu.

Lebih memilukan, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang semalam dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Biarpun mereka ditemui mati lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh. Menurut Adzaman, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti melibatkan segenap aspek.

“Setakat ini polis sudah mengambil keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ini,” katanya.

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber: Utusan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • kisah 3 beradik mati lemas
  • kes pembunuhan 3 beradik
  • kes bunuh alor senibong
  • kes kejam
  • kes bunuh tiga beradik di alor star
  • misteri kematian tiga beradik di kedah
  • kes bunuh 3 beradik di kedah
  • pembunuhan kejam 3 beradik
  • kes 3 beradik mati di bunuh kejam Alorstar
  • gambar remaja bunuh 3 beradik
 

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

Hamba Kepada Pencipta
McDonalds

Comments are closed.