Menarik! Benarkah Negeri Johor Bakal Jadikan Jumaat Sebagai Cuti Mingguan?

| November 12, 2013
 

Menarik! Benarkah Negeri Johor Bakal Jadikan Jumaat Sebagai Cuti Mingguan?  | Seperti yang kita tahu, hanya tiga buah negeri sahaja yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Kini timbul pula cerita apabila diberitakan bahawa negeri Johor bakal menjadikan Jumaat sebagai hari cuti. Menjadikan Jumaat sebagai cuti mingguan sebenarnya memberikan peluang kepada orang Islam terutamanya mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan selesa dan tidak terkejar-kejar seperti yang kita hadapi sekarang ini. Namun begitu, kesahihan berita ini belum lagi dipastikan.

johor

Ada dakwaan yang mengatakan Johor bakal kembali cuti pada jumaat dan sabtu. Sebelum ini, Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994.

Dikatakan, Salah satu sebab Johor bakal Cuti Rehat Hari Jumaat adalah bagi menggalakkan golongan lelaki bersembahyang Jumaat. Penasihat Agama Negeri, Y.B. Dato’ Noh Bin Gadut dikatakan telah mengusulkan kertas kerja Cuti rehat hari jumaat kepada Sultan Johor dan hanya tinggal menunggu perkenan sultan.

Dan terbaru terdapat maklumat yang mengatakan Sultan telah mengesahkan perkara ini:-

Maklumat yang diterima seperti dibawah :

Negeri Johor Darul Takzim confirm cuti mingguan diubah kembali kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula Januari 2014. Sultan johor dah beri perkenan.

Ini bermakna Ahad kakitangan awam Johor kembali bertugas seperti di Kedah, Kelantan dan Terrengganu pada hari Ahad hingga Khamis seperti ditahun 90an.

Bagaimanapun, kesahihan berita ini masih belum lagi dipastikan.

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Nescafe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • cuti umum johor hari jumaat
  • johor bercuti hari jumaat
  • cuti mingguan johor ditukar ke jumaat dan sabtu
  • johor cuti hari jumaat
  • cuti mingguan di johor
  • cuti minggu untuk negeri johor januari 2014
  • sebab cuti umum johor ditukar
  • negeri yang cuti hari jumaat dan sabtu
  • johor kembali jumaat sebagai cuti
  • Sejarah bangsa Johor
 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Informasi

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.