Biar Betul! Lelaki Ini Pilih Ular Tedung Macam Pilih Ayam (Video)

| September 12, 2013

Biar Betul! Lelaki Ini Pilih Ular Tedung Macam Pilih Ayam (Video) | Sebut sahaja ular tedung sudah pasti kita akan terbayangkan tentang kepantasannya dalam membunuh mangsa. Apatah lagi jika kita terserempak dengan ular ini, sudah pasti jantung akan terus berdebar kencang, dahi berpeluh-peluh dan kemudian lutut menggigil kerana takutkan ular itu. Ular senduk dan tedung selar sememangnya terkenal dengan reputasi berbisanya yang mampu membunuh manusia dalam masa hanya beberapa minit selepas dipatuk. Dalam video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai sangat berani memegang ular tedung. Bukan sahaja pegang, malah ia sanggup berada di kawasan yang tertutup. Boleh tonton video di atas ini.

ular

Lelaki dalam video ini sememangnya sudah pakar dalam menguruskan ular kerana beliau memilih ular umpama memilih ayam di pasar tanpa sedikit pun riak bimbang bakal menjadi korban patukan ular.

Sudahlah begitu, perlakuannya selamba dengan ular-ular itu pun dicampak-campak umpama mencampak tali pinggang.

Pemeriksaan lanjut kami mendapati lelaki ini bekerja sebagai penangkap ular di sebuah lokasi pasar di Thailand di mana orang ramai membeli ular untuk meminum darahnya dipercayai mempunyai khasiat memberi kekuatan dalaman untuk lelaki.

Permintaan untuk minuman darah ular tedung selar atau senduk sememangnya tinggi di Thailand sehingga ada orang yang boleh menikmati hidup yang mewah dengan bekerja sebagai penangkap ular.

Beberapa orang yang melihat video berkenaan memberi komen yang pelbagai tetapi majoritinya kagum dengan keberanian lelaki itu memegang ular dan juga memilih ular yang akan dibeli.

Sebenarnya ular-ular yang disimpan di dalam lubang ular ini sudah dibuang taringnya yang berkeupayaan menyuntik bisa ke dalam badan si penjaga ular tu, sebab tu lah dia berani.

Ular tedung selar dan ular senduk pula masih kekal dengan tabiatnya yang marah jika kawasan diganggu dan ia akan menegakkan kepala untuk memberitahu kepada ancaman itu ia akan mematuk jika terus diganggu.

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : MyNewsHub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • ayam terbesar yang pernah ada
  • berani bermain ular
  • gambar ular tedung
  • Pilih Ular Tedung Macam Pilih Ayam Anda Berani? (VIDEO)
  • tedung selar
  • ular tedung selar
  • www foto ular tedong yang d tamkap
  • Www ular tedung selar terbesar pic com

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Pelik

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.