Sedih! Isteri Pertama Ashraf Muslim Meluahkan Perasaan?

| July 19, 2013

Sedih! Isteri Pertama Ashraf Muslim Meluahkan Perasaan?  | Baru-baru ini kita digemparkan dengan perkahwinan kedua oleh Ashraf Muslim. Namun di pihak KisahBest.My, kami tidak mahu membangkitkan tentang isu sedemikian. Kita tunggu sahaja apakah yang bakal dilakukan oleh beliau dalam menangani masalah yang mendatang ini. Namun apa yang kami cuba sampaikan ini adalah tentang satu penyebaran bentuk puisi luahan hati yang kini sudah viral di laman-laman sosial. KisahBest.My difahamkan ia ditulis oleh Dayana sendiri. Namun begitu, ia ternyata bukan daripada Dayana dan ia telah direka oleh seseorang yang sudah pun membuat pengakuan.

Noor-Dayana1

komen

Sejak berita pernikahan kali kedua Ashraf Muslim terbongkar, isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman tidak pernah lagi tampil memberi kenyataan kepada mana-mana pihak media.

Terbaru, menerusi laman Facebook Noor Dayana, dia berkongsi luahan hatinya dengan menulis sebuah nota yang agak panjang menceritakan mengenai perasaannya berkaitan perkahwinan kedua suaminya itu.

Dalam luahan itu, Dayana seakan perit menerima berita tersebut dan menurutnya bapanya, Lokman Abdul Hamid, anaknya itu tidak pernah redha atau memberi sebarang keizinan untuk dimadukan oleh aktor tersebut.

Ashraf Muslim selamat bernikah buat kali kedua di Bangkok, Thailand dengan bekas krew televisyen, Wan Sakinah pada 7 Julai lalu.

Menurut sumber juga, Ashraf dan Sakinah sudah berhubung sejak sekian lama iaitu selepas sembilan bulan pelakon itu mendirikan rumahtangga dengan Dayana pada Ogos 2011.

Di bawah, penulis kongsikan bait-bait kata daripada Dayana buat tatapan pembaca semua.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!

Sumber : Siakap Keli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • ashraf muslim dayana
  • ashraff muslim
  • asraf muslim
  • cerita terbaru asraf muslim
  • kisah ahsraf muslim
  • profil ashraf muslim

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.