Gempar! Apabila Terowong Gaza Dimusnahkan

| July 6, 2013
 

Gempar! Apabila Terowong Gaza Dimusnahkan | Sejak Presiden Mesir Dr Mursi mengambil alih pemerintahan Mesir, terowong Gaza mula dibuka kepada penduduk di sana. Ini secara tidak langsung memudahkan bekalan sumber makanan dihantar ke kawasan tersebut. Biarpun berlainan negara, namun atas dasar Islam, Dr Mursi jelas menyatakan sokongannya kepada Palestin. Namun, pemerintahannya terhenti begitu sahaja selepas digulingkan oleh pihak tentera. Selepas tentera megambil alih, dikhabarkan terowong Gaza mula dimusnahkan. Zalimnya!!

terowong1

RAFAH – PALESTIN – Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.

Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.

Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.

Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.

terowong2

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan.

“Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.

Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.

Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.

Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • cerita palastine
  • gambar pintu rafah
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. HatiBatu says:

    Islam selagi tidak bersatu selagi itu ianya akan ditindas. Tak boleh harapkan satu negara untuk membantu palestin, sebalik semua negara islam kena sama2 membantu baru Islam tidak akan ditindas.

    Sekadar pandangan :)