Seram! Pontianak Dirakam Sedang Terbang Di Lebuhraya Karak (Video)

| June 19, 2013
 

Seram! Pontianak Dirakam Sedang Terbang Di Lebuhraya Karak (Video) | Kisah seram di jalan Karak, bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat Melayu pada hari ini. Sehinggakan jalan cerita ini juga turut dijadikan sebuah Filem oleh pihak KRU yang bertajuk Karak. Baru-baru ini kecoh di laman internet terutamanya di laman Facebook apabila satu video ‘seram’ tersebar meluas kepada pengguna-pengguna Facebook. Video itu menunjukkan tentang lembaga pontianak sedang terbang di kawasan tersebut. Benarkah? Boleh tonton video di atas.

pontianak
Dalam video ‘seram’ iaitu ‘Pontianak …merayau di KM 42 Bukit Tinggi arah ke Kuantan’, jelas menunjukkan terdapat kelibat hantu atau pontianak yang sedang berdiri di tepi jalanraya.

Kalau ditonton sepanjang video itu, pontianak itu sekejap mencecah tanah, dan sekejap kemudian dia terbang ke langit.

Meremang jugalah bulu roma!

Video itu juga jelas menunjukkan kelibat pontianak itu walaupun dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.

Opss!

Jangan terpedaya! Itu hanyalah video yang sengaja diada-adakan.

Yang sebenarnya, kelibat pontianak yang dilihat itu hanyalah lakonan semata-mata.

Tak percaya? Cuba tonton video yang lagi satu.

Video yang kedua itu menunjukkan perjalanan sebenar sewaktu proses pengambaran filem berjudul ‘Momok Jangan Panggil Aku’ arahan M. Jamil.

Jadi, bagi penonton-penonton yang sedang menyaksikan pengambaran yang dijalankan di highway itu, memanglah sengaja merakam ‘aksi’ pontianak manusia yang terbang.

Lagi pun, video ala-ala ‘seram’ itu sudah lama berada di laman You Tube. Sekarang saja baru disebarkan.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Informasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • lebuhraya karak
  • cerita seram karak
  • cerita hantu puntianak
  • Video pontianak kisah benar
  • kisah seram karak
  • kisah seram benar di karak
  • kisah misteri karak
  • kisah lebuh raya karak
  • kisah karak
  • kisah jalan lama karak
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Seram

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.