Misteri! Benarkah Wujudnya Pulau Batu Hairan Di Sabah?

| April 14, 2013

Misteri! Benarkah Wujudnya Pulau Batu Hairan Di Sabah? | Sekarang ini apabila kita bercakap mengenai Sabah, sudah tentu Lahad Datu menjadi bualan utama. Tetapi kali ini KisahBest.My bukan menyentuh isu Lahad Datu, tetapi tentang sebuah pulau yang dipercayai tiba-tiba muncul di perairan Sabah berhampiran Pulau Banggi. Pulau ini dikatakan telah dijumpai sekitar tahun 1988. Walaubagaimanapun tidak pasti sama ada pulau ini masih lagi wujud atau sudah tenggelam kerana ia terhasil daripada batu yang terapung.

pulau2

Ramai menganggap kewujudan Pulau Batu Hairan di perairan Pulau Banggi, kira-kira 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah pada 14 April 1988 dan tenggelam pada 25 Februari 1990, sebagai batu terapung yang mempunyai keramat dan pembawa rezeki. Misteri kewujudan dan kehilangan pulau yang dipercayai terhasil dari terumbu karang seluas 0.7 hektar dan berketinggian 3.1 meter itu hingga kini kekal menjadi tanda tanya.

Pulau sebesar padang bola sepak itu masih segar dalam ingatan penduduk Sabah, terutama yang pernah berkunjung ke tapak itu untuk melihat sendiri keistimewaannya. Mengikut cerita penduduk Pulau Banggi, batu itu ditemui seorang nelayan yang tertidur dalam bot pada waktu malam dan sebaik tersedar, beliau hairan apabila menyedari botnya berada di sebuah pulau. Lebih aneh, ratusan ikan terdampar berhampiran bot nelayan itu dan beliau bergegas pulang ke rumah untuk memaklumkan keadaan itu kepada penduduk kampung.

pulau1

Penduduk Pulau Banggi menamakannya `Pulau Batu Hairan’ kerana selama menangkap ikan di situ, mereka tidak pernah melihat pulau berkenaan dan keadaan sama diakui nelayan dari luar pulau terbabit. Kewujudan pulau itu menjadi perbualan hangat, bukan saja di kedai kopi tetapi turut kedengaran di restoran hotel bertaraf lima bintang. Ledakan berita itu mendorong segelintir peniaga yang mahu mengambil seketul batu pulau itu kerana mempercayai ia boleh membawa tuah.

Penduduk dari selatan Filipina terutama Mindanao turut berkunjung ke Pulau Batu Hairan sambil mendakwa pulau berkenaan hanyut dari negara mereka dan timbul di perairan Sabah. Ada penduduk yang mengadakan kenduri kononnya untuk menolak bala dan acara pemujaan di pulau itu oleh penduduk Pulau Banggi dan Pulau Balambangan di Kudat serta Mindanao.

Seorang nelayan laut dalam berbangsa Cina dari Kudat yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Lung, 50, mendakwa `diburu’ penduduk setempat gara-gara mengambil seketul batu dari pulau berkenaan sebagai cendera mata. Penduduk setempat dan warga Mindanao sangat taksub dengan pulau itu sehingga menganggapnya pembawa rezeki dan penyelamat mereka jika berlaku bencana alam seperti ombak tinggi atau taufan.

Saya terkejut apabila dikunjungi tiga lelaki tua yang mengaku sebagai pemilik pulau itu dan meminta saya memulangkan batu berkenaan. “Saya tidak lepaskan batu yang di simpan kerana menganggap dakwaan mereka tidak logik,” katanya ketika ditemui Berita Minggu di Kudat, baru-baru ini.

Ah Lung mendakwa mengunjungi pulau itu tiga hari selepas ia ditemui dan sempat memacakkan bendera putih tertera nama `Pulau Ah Lung’ tetapi bendera itu dibuang penduduk berhampiran. Seorang peniaga dari Kudat, Poong Kim Chung, 62, mendakwa antara orang terawal menjejakkan kaki ke Pulau Batu Hairan, iaitu pada 29 April 1988 dan tidak dapat melupakan saat bersejarah itu.

“Saya rasa seolah-olah mengunjungi dunia lain kerana pulau terbabit baru wujud dan ketika itu ia diiktiraf sebagai pulau terbaru wujud di dunia. Saya masih ingat batu di pulau itu bagaikan membawa rezeki dan sejuk bila disentuh, malah amat menenangkan fikiran. Ada batu besar yang mempunyai tulisan mirip Jawi diambil penduduk setempat kerana menganggap pembawa tuah. Ia terpaksa diangkat lapan orang kerana terlalu berat,” katanya yang turut menghulurkan gambar batu itu kepada penulis.

Kewujudan Pulau Batu Hairan berbeza dengan pulau lain di Sabah. Sebagai contoh, Pulau Tiga mempunyai sejarah geologi tersendiri dan timbul dari dasar laut berikutan gempa bumi di Mindanao pada 1897. Kali terakhir letupan gunung berapi berlaku di Mindanao ialah pada 1941 dan boleh didengari bunyinya sejauh 160 kilometer (km), menyebabkan 30 hektar belukar di kawasan itu dipenuhi lumpur panas.

Jika Pulau Batu Hairan wujud kesan letusan gunung berapi di pulau itu, sudah pasti ia terbentuk sejak 65 tahun lalu berikutan kedudukannya berhampiran Mindanao. Laporan geologi menunjukkan Pulau Tiga bermula daripada tiga letusan lumpur gunung berapi pada 21 September 1897 sehingga membentuk kon gunung berapi dengan ketinggian beberapa meter dari aras laut. Ahli geologi British, John McManus dan Robert B Tate, yang menerbitkan hasil kajian mengenai Pulau Tiga dalam Geological Society of Malaysia Bulletin (1986), berkata lumpur dan batu terpancut keluar ke permukaan bumi dan membentuk kon dengan garis pusat kira-kira 20 meter. Keadaan itu berbeza dengan Pulau Batu Hairan kerana kemunculannya hanya tiba-tiba dan selepas itu tenggelam semula, sedangkan Pulau Batu Tiga wujud hingga sekarang serta menjadi aset sektor pelancongan Sabah.

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Nizarazu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • pulau hairan kudat
  • pulau batu hairan
  • kisah seram di kudat
  • pulau hairan sabah
  • Pulau Pelik

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Informasi

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.