Ngeri! Letupan Jentera Dalam Kilang Kelapa Sawit (Video)

| January 17, 2013

Ngeri! Letupan Jentera Dalam Kilang Kelapa Sawit (Video) | Ia bukanlah pusat memproses bahan api. Namun kilang yang memproses kelapa sawit ini mengejutkan orang ramai apabila ia tiba-tiba sahaja meletup dan mengorbankan empat orang pekerja. KisahBest.My difahamkan, letupan ini berlaku apabila kerja-kerja memasukkan buah sawit dalam jentera sedang dijalankan. Akibat insiden itu, kilang tersebut rosak teruk terutama di bahagian bumbung kilang.

letupan2

Hulu Terengganu: “Saya nampak Azmi menggelupur kesakitan manakala Pramod sudah tidak bergerak dan badannya berasap,” kata Burhanuddin Atur Ali, 35, menceritakan kejadian letupan di Kilang Vila Sutera Sdn Bhd di Kampung FELCRA Bukit Kapah, Hulu Terengganu, malam kelmarin.

Pekerja warga Bangladesh itu berkata, ketika kejadian dia sedang memunggah buah sawit kira-kira 10 meter dari tujuh rakannya yang sibuk memasukkan buah sawit ke dalam jentera penyuci hama buah sawit sebelum ia meletup pada jam 7.50 malam.

letupan1

Akibat letupan itu, empat daripada pekerja terbabit terbunuh iaitu penyelia kilang, Azmi Abdullah, 47; Mohd Razlan Mokhtar, 25, serta dua pekerja Nepal, Sanjib Kumar Pasman, 26, dan Pramod Kumar Ray, 30.

Azmi dari Kampung Padang Tengir, Manir, Kuala Terengganu dan Pramod mati di tempat kejadian, Sanjib mati di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala Mohd Razlan yang juga penduduk Kampung FELCRA Bukit Kapah, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Tiga lagi pekerja hanya cedera ringan iaitu dua rakyat Bangladesh dikenali sebagai Ahmmed Ali, 39, dan Rezuyan Morom Ali, 45, serta seorang warga Nepal, Sabad Yadav, 44. Mereka dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di HHT, semalam.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber : Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • gambar kilang sawit melutup
  • kejadian bahaya di kilang kelapa sawit
  • kilang sawit
  • letupan penyucihama di kilang kelapa sawit
  • proses kelapa sawit

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.