Menakutkan! Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang (Video)

| January 2, 2013

Menakutkan! Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang (Video) | Kemalangan yang membabitkan pesawat memang agak jarang kita dengar tidak seperti kenderaan darat. Jika anda pernah menonton rancangan Air Crash Investigation pun, banyak fail-fail kes lama dipertontonkan semula.  KisahBest.My difahamkan terdapat sebuah pesawat telah terhempas di lapangan terbang di Moscow. Kejadian ini sempat dirakamkan oleh orang awam yang pada ketika itu sedang memandu bersebelahan dengan landasan tersebut. Boleh tonton video di atas.

pesawat

MOSCOW – Sekurang-kurangnya empat maut apabila pesawat penumpang terbabas daripada landasan dan sebahagian badan pesawat berada di atas lebuh raya selepas terputus serta terbakar, awal pagi tadi.

Pegawai berkata, pesawat Tu-204 milik syarikat penerbangan Russia, Red Wings membawa lapan orang dalam penerbangan balik dari Republik Czech tanpa penumpang menuju Lapangan Terbang Vnukovo.

Beliau berkata, sidang akhbar memaklumkan lapan orang terbunuh dan empat lagi mengalami kecederaan apabila pesawat itu terbabas dari landasan ke atas padang bersalji manakala sebahagian badan pesawat di atas lebuh raya berdekatan hancur.

Bagaimanapun pesawat berkenaan tidak berlanggar dengan kenderaan lain di atas lebuh raya berkenaan. – AP

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Mynewshub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.