Kasihan! Kanak-Kanak ‘Dibaham’ Anjing Peliharaan

| January 14, 2013
 

Kasihan! Kanak-Kanak ‘Dibaham’ Anjing Peliharaan | Tidak terduga seorang kanak-kanak apabila diserang seekor anjing peliharaan milik bapa saudaranya. Ketika pulang  ke rumah, kanak-kanak yang tiba-tiba didatangi anjing tersebut menyangka ia mengajak untuk bermain, namun sangkaan itu meleset apabila dirinya diserang. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Oleh kerana itulah, kita perlu berhati-hati kerana anjing ada kalanya hilang kawalan dan boleh menyebabkan seseorang itu tercedera.

dog

kanak-kanak

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera selepas leher dan mukanya digigit anjing dipercayai jenis Rottweiler peliharaan bapa saudaranya di rumah lelaki berkenaan di Taman Kulai Utama, Kulaijaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa, Chok Thuan Seng sebelum itu berada di tadika dikatakan mahu pulang ke rumah bapa saudaranya yang terletak kira-kira 30 meter dari tadika berkenaan sebelum anjing terbabit meluru ke arahnya.

Menyangka haiwan itu ingin bermain dengannya, Chok memegangnya. Tanpa diduga, anjing terbabit terus menggigit mangsa.

Chok tinggal di rumah bapa saudaranya itu sejak dua minggu lalu bagi memudahkannya berulang dari tadika berkenaan. Di situ, dia dijaga ibu saudaranya dan seorang pembantu rumah.

Akibat kejadian berkenaan, Chok menjalani pembedahan hampir lima jam bermula 11 malam kelmarin dan keluar dari dewan bedah pada jam 4 pagi, semalam.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Kaki Bising

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • anjing jenis
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.