Geram! Kerana Dendam Kepala Buaya Dipenggal

| January 24, 2013
 

Geram! Kerana Dendam Kepala Buaya Dipenggal  | Masih ingat lagi tentang kes seorang murid tahun 5 yang dibaham buaya suatu ketika dahulu? (LINK). Kini bapanya yang masih menyimpan dendam terhadap buaya berkenaan bertindak memasang umpan dengan bantuan dua orang pawang buaya. Akhirnya mereka berjaya menangkap dengan kaedah tradisional dan terus membunuhnya. Kisah ini mempaparkan kesedihan seorang ayah atas kehilangan anaknya akibat dibaham buaya.

buaya1

Bintulu: “Aku bayar dendam aku,” kata Angsa Indang, 45, sambil membelah perut Bujang Suai iaitu seekor buaya sepanjang 13 meter yang disyaki membaham anak bongsunya sebulan lalu ketika mandi di Sungai Suai, dekat sini.

Semalam, reptilia yang dikatakan membunuh Jerry Apat, 11, murid tahun lima Sekolah kebangsaan Kampung Iran itu berjaya ditangkap dua pawang buaya, Nyegang Nawing dan Agong Rayang dari Sungai Temiang, Bakong menggunakan umpan daging babi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

buaya2

ANGSA duduk di atas buaya yang membaham anaknya selepas ditangkap. KESAN tembakan di bahagian perut buaya (gambar kecil).

Buaya jantan yang turut diberi nama jolokan S Jibeng oleh penduduk setempat itu dikatakan digeruni kerana dipercayai pernah mengganas dan meragut nyawa manusia berdasarkan beberapa kesan luka tembakan pada kepala dan ekor termasuk mata kiri yang buta.

Pemburuan menggunakan kaedah tradisional itu dimulakan petang Isnin lalu menggunakan pancing lebih 10 mata kail bertali rotan dan berumpan daging babi itu berhasil membunuh buaya berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Foto

Sebaik bangkai reptilia itu ditarik ke darat, Angsa dilihat menghampirinya sambil melepaskan kemarahan dengan beberapa kali menghamburkan kata-kata “aku bayar dendam aku”, “kenapa kacau aku” dan “kau bunuh anak aku”.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber : Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • cerita di bintulu
  • Kisah pawang
  • kisah seram di bintulu
  • tangkap buaya
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments (11)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. jeri says:

    kesian boyo nie jadi mangsa keadaan.

  2. windy says:

    hutang nyawa dbayar nyawa…mmg sudah sumpahan dari zmn dulu lgi..siapa d antara buaya or mnusia yg tlbih dhulu mmula angkara maka pbuatan nya boleh dbalas(mbalas dendam)

  3. Aishah Nor says:

    yg dibaham tuu harus lbih dikesiani lagi2 kanak2

  4. Muhd Izzat says:

    Nak kata kejam tak pulak sebab itu nak balas balik…entah lerr

  5. xpatut says:

    xpatut.. salah sape?? bukan salah dia ke??? sape suh xjaga anak. dahtu nk salahkan buaya tu pasal pe?? dah nama pun mknan buaya.. ko makan babi xde pun mak babi tu g tangkap makan ko balik!!! apa punye org la!!! BODOH!

  6. kesian says:

    betul cakap x patut tu..sape suruh x jaga anak…bila dh mati tau nk salahkan buaya tu pulak..kesian kt buaya tu…bukan ke buaya bawah lindungan hidupan liar? suka2 hati je nak bunuh..dah tangkap tu bg je la pd pihak berkuasa…dia nak balas dendam kt buaya ni, abis nanti keturunan buaya ni pulak datang balas dendam balik caner 2? huhuhu…

  7. biawaks says:

    elok la di bunuh je boya tu ,, takut anak ko lak di baham nye nnti,, bodoh cam lembu je pahal la minded lu…lu mkn lembu ke tak bro ???

    • tak patut says:

      en. biawak… lau semuanye keje nk balas dendam, dgn haiwan plak tu, rasanye hdup kite ni xaman la…nonsense la… lembu tu kan dh jd makanan. sah2 lau sembelih cara islam, dia masuk syurga. ni buaya la en. biawak. spesis sama mcm u.. gpun haiwan mne ada akal.. kite ni kan ada akal, leh guna cara lain bukan wat tindakan bangang. xde perasaan lgsung.

  8. shakirin says:

    In sarawak…men kill crocodile..haha..boyak ngn swk xkn bpisah..

  9. xpatut says:

    en. biawak… lau semuanye keje nk balas dendam, dgn haiwan plak tu, rasanye hdup kite ni xaman la…nonsense la… lembu tu kan dh jd makanan. sah2 lau sembelih cara islam, dia masuk syurga. ni buaya la en. biawak. spesis sama mcm u.. gpun haiwan mne ada akal.. kite ni kan ada akal, leh guna cara lain bukan wat tindakan bangang. xde perasaan lgsung.