Apabila Bilal Bin Rabah Diseksa Kerana Memeluk Islam

| January 13, 2013

Apabila Bilal Bin Rabah Diseksa Kerana Memeluk Islam | Siapa yang tidak kenal dengan Bilal Bin Rabah ini. Merupakan seorang lelaki yang di antara terawal memeluk Islam biarpun diseksa hebat oleh tuannya. Pada ketika itu Bilal Bin Rabah merupakan seorang hamba abdi kepada seorang lelaki kafir Quraisy. KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang kesusahan dan ketabahan Bilal biarpun diseksa, tetapi tetap mempertahankan agama Islam pada ketika itu. Betapa kuatnya iman lelaki ini.

bilal

Bilal bin Rabbah ialah seorang hamba abdi berkulit hitam. Dia adalah di antara 7 orang yang pertama yang memeluk Islam meskipun diancam oleh orang kafir Quraisy yang tidak suka dengan kedatangan agama baru ini.

Apabila tuannya mengetahui pengislaman Bilal, dia telah disiksa dengan di pakaikan baju besi dan kemudian dijemur di padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan ‘Ahad! Ahad!’ yang bermaksud Allah Yang Esa, Yang Esa.

Bilal kemudian diseret hingga ke lereng-lereng gunung tetapi dia tetap mengucapkan ‘Ahad! Ahad!’. Imannya kelihatan tidak bergoncang sedikitpun. Apabila melihat tiada perubahan pada diri Bilal, siksaannya kemudian ditambah dan menjadi lebih berat.

Sebiji batu besar diletakkan di atas badannya lalu di jemur di tengah padang pasir dibawah panas terik matahari. Namun, tiada perkataan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali ‘Ahad! Ahad!’. Dia ternyata rela mati daripada menukar pegangan agamanya sekarang.

Apabila Abu Bakar as Siddiq diberitahu tentang seksaan tersebut, dia terus berjumpa Umaiyah yang sedang menyeksa Bilal lalu meminta Bilal dibebaskan. Sebagai pengganti, Abu Bakar menyerahkan seorang hamba berkulit hitam yang lebih kuat sebagai tebusan.

Sebaik saja ditebus, Abu Bakar terus memerdekakan Bilal dan membebaskannya dari perhambaan.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber : Norziati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • gambar bilal bin rabah
  • kisah bilal bin rabah
  • Penampakan bilal bin rabah
  • pendidikan islam seksaan yang diterima oleh bilal bin rabah
  • sejarah bilal bin rabah masuk islam

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Agama

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.