Ngeri! Nahas Kemalangan Dua Maut Di Machang

| December 20, 2012
 

Ngeri! Nahas Kemalangan Dua Maut Di Jalan Machang | Di Machang terdapat dua kes kemalangan berasingan telah berlaku membabitkan dua orang maut. Gambar di bawah ini merupakan salah satu kejadian yang membabitkan sebuah kereta proton Wira dan kenderaan lain. KisahBest.My menerima maklumat, kemalangan ini berlaku berhampiran dengan kampus cawangan UiTM iaitu di Machang Kelantan.

Kereta yang dipandu mangsa maut di depan UiTM Machang remuk teruk akibat kemalangan itu

Kereta yang dipandu mangsa maut di depan UiTM Machang remuk teruk akibat kemalangan itu

Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini pada malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Kejadian pertama membabitkan mangsa, Ahmad Syautee Mohd Daud, 30, dari Desa Seri Rebana yang menunggang motosikal, malam kelmarin.

Mangsa maut di tempat kejadian apabila motosikal dinaikinya, dilanggar sebuah kereta yang membelok ke kanan di simpang Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan (DSP) Che Malek Bedot berkata, akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh dan mendapat kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian berlaku  pada jam 9 malam di kilometer 1.8 Jalan Machang-Pasir Puteh, manakala pada kejadian pagi tadi (semalam), seorang lelaki maut dalam kejadian membabitkan empat kenderaan berdekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan, di sini.

“Kemalangan yang melibatkan tiga kereta jenis Wira, Volvo dan Mercedes Benz serta sebuah lori itu turut menyebabkan dua mangsa lain cedera ringan,” katanya.

Che Malek berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 7.55 pagi, mangsa, Norzri Ismail, 46, meninggal dunia di tempat kejadian, Kilometer 8 Jalan Machang-Pasir Puteh.

Katanya, lori dari arah laluan Pasir Puteh ke Machang dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum tergelongsor dan melanggar dua kereta dari arah bertentangan.

“Salah sebuah kereta yang dilanggar turut terbabas dan merempuh kereta yang diletakkan di tepi jalan. Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Machang sebelum dituntut keluarga masing-masing.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai diminta tampil memberikan maklumat,” katanya.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • kemalangan ngeri motosikal
  • kemalangan ngeri
  • kisah misteri uitm machang
  • kisah kemalangan ngeri
  • kemalangan volvo
  • cerita kemalangan ngeri
  • kemalangan motor dimachang
  • kemalangan maut di lubuk jong kelantan
  • kemalangan di kelantan
  • gambar kemalangan ngeri motosikal
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.