Ngeri! Kes Pergaduhan Di Sungai Petani Kedah

| December 20, 2012

Ngeri! Kes Pergaduhan Di Sungai Petani Kedah | Baru-baru ini KisahBest.My difahamkan terdapat berlaku satu kes pergaduhan membabitkan pertumpahan darah di Sungai Petani, Kedah. Walaubagaimanapun, tiada angka kematian dicatatkan. Namun begitu, terdapat pelbagai versi cerita timbul daripada perisitwa. Ada yang kata sebab ini, sebab itu dan pelbagai lagi. Mungkin orang di sana tahu apakah cerita sebenarnya yang berlaku di sana.  Di sini terdapat pelbagai jenis versi yang dikemaskini oleh individu tertentu sebagai perkongsian berita.

  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……

Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah : Pelbagai Versi Cerita

000000000000000000000000000000000000 0000002 (1)

 “Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya”

Erm…..Beginilah. Mengapa…..

Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi “semangatnya” melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?

Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?

Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….

“Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______”

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar.
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang.
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan

Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…

Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. nita says:

    ala standard la tu polis nk cover..mcm kes yg budak ghaib dlu la..kejap2 ghaib …jma2 ntah mana2 xtaw…bile masuk brita jd kecoh …so polis tutupkes ckpbudak tu larikan diri..padahal benda betul.tp sbb khurafat kan orng duk percaya..sama la mcm kes nie,…polis xnk isu nie tersebar kang nnt jd rusuhan besar2an…so polis cover la…

  2. sehinggit says:

    Sebenarnya isu ini Betul ke Bohong?

  3. ibu says:

    no wonder la pun kt sni mmg ramai samseng x kira laki pompuan