Ngeri! Kereta Berkecai Rempuh Lori Di Raub

| December 25, 2012

Ngeri! Kereta Berkecai Rempuh Lori Di Raub | Apabila kita melihat gambar di bawah ini, sudah tentu ia menggambarkan sebuah kemalangan yang amat dahsyat. Bagaimanapun, KisahBest.My difahamkan kereta jenis Perodua Kelisa ini telah hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori kecil. Rempuhan yang berlaku ini menyebabkan kereta Kelisa hancur di bahagian depan dan lori pula terbalik. Kemalangan ini mengakibatkan seorang maut dan pemandu lori mengalami cedera ringan.

lori

 RAUB – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori kecil dalam kejadian di Kilometer 336 Jalan Raub – Lipis dekat kawasan Kampung Temau.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Wai Lip Hoong, 30, berasal dari Kampung Baru Jerkoh, Benta.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan dari arah Lipis ke Raub.

“Ketika di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta bertembung dengan lori kecil muatan bara ngan runcit yang dipandu Irwandi Ladrid, 23, dari arah Raub,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, akibat daripada pertembungan itu, mangsa maut serta merta di tempat kejadian.

Katanya, tidak ada mangsa lain di lokasi kejadian dan keadaan kereta remuk teruk serta lori tersebut terbalik.

Mayat dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pemandu  lori hanya mengalami kecederaan ringan.

“Keluarga mangsa sudah dihubungi untuk tujuan pengecaman,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.