Misteri Masa Berputar Kembali Yang Tidak Terjawab

| December 23, 2012

Misteri Masa Berputar Kembali Yang Tidak Terjawab | Adakah anda percaya bahawa seseorang manusia itu boleh merentasi masa hadapan? Secara logik akalnya ia adalah satu perkara yang suakr untuk dipercayai. Walaubagaimanapun, kisah Isra’ Mikraj membuktikan tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang merentasi perjalanan yang sangat jauh sehinggakan ia hanya berlaku dalam satu malam. Kisah misteri yang KisahBest.My mahu bawakan kepada anda adalah tentang misteri kapal terbang yang hilang secara tiba-tiba dari radar. Bagaimanapun kapal terbang terbang tersebut muncul kembali selang beberapa minit.

masa1

Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang ajaib. Walaupun di zaman teknologi yang pesat membangun, namun fenomena ‘Masa berulang’ ataupun ‘Waktu berputar kembali’ sukar untuk dijelaskan. Secara teori misteri Waktu Berputar Kembali diertikan sebagai waktu yang telah berlalu berulang kembali. Kembali ke masa lampau bukannya sesuatu yang mustahil, walaupun tiada orang mengalaminya secara sengaja setakat ini. Menurut teori Albert Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu benda bergerak dengan kecepatan 300,000 km/saat ataupun atau 186,000 batu sesaat, maka ruang dapat dipendakkkan, dan waktu dapat diperlambatkan.

KONICA MINOLTA DIGITAL CAMERA

Ada sebuah kisah… Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.

Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.

Meskipun jarang tapi ada kejadian yang serupa.. Menurut catatan, pada 1970, pernah juga terjadi kejadian mirip kejadian di atas. Ketika itu, sebuah pesawat penumpang jet 727 yang sedang melakukan penerbangan, juga telah ‘hilang’ selama 10 minit dalam perjalanannya ke lapangan terbang Miami, AS. 10 minit kemudian, pesawat tersebut muncul kembali di tempat yang sama dimana ia dilaporkan ‘hilang’. Pesawat tersebut tiba dengan selamat. Seluruh penumpang pesawat tersebut tidak percaya apa yang telah terjadi, sehinggalah mereka sedar bahawa jam mereka masing-masing terlambat 10 minit.

Menurut para ahli saintis satu-satunya penjelasan tentang fenomena ini adalah : “dalam sesaat ‘kehilangan’ itu, waktu ‘berhenti’ tidak bergerak, atau dengan kata lain waktu berputar kembali.”

Duit moden ditemui dalam kuil purba.

masa3

Sewaktu pesawat penumpang Italia mengalami fenomena masa yang aneh ini pada tahun yang sama, dilaporkan bahawa fenomena tersebut telah berlaku di Mesir. Sekeping duit syiling perak dari zaman lebih baru yang belum di edarkan ketika 4000 tahun yang lalu, terpendam di dasar sebuah Kuil Dewa Matahari. Ketika itu, sebuah pasukan arkeologi dari Perancis, tiba di daerah penempatan pertama manusia di tepi Sungai Nil. Di situ mereka menemui sebuah Kuil Dewa Matahari yang berusia 4000. Kuil itu sungguh usang dan telah runtuh kerana dimakan usia. Yang tinggal hanyalah struktur yang paling kukuh iaitu tiang-tiangnya sahaja.

Ketika mereka menggali kawasan kuil, di bawah sebuah binaan batu kuno, mereka telah menemui sekeping duit syiling perak terkubur di bawah tanah. Yang menjadi tanda tanya ialah bukan duit perak Mesir kuno yang mereka temui, tetapi sekeping duit syiling perak Amerika. Yang lebih menghairankan lagi, itu bukan duit perak kuno Amerika, tapi sekeping duit perak zaman sekarang! Namun, yang lebih menghairankan adalah duit tersebut adalah buatan Amerika pada tahun 1997. Sedangkan cari gali tersebut dilakukan pada tahun 1994 dan duit tersebut masih belum lagi dipasarkan… Timbul dua persoalan yang membingungkan para saintis serata dunia. Pertama, bagaimana duit syiling moden Amerika boleh berada dibawah timbunan runtuhan kuil purba Mesir yang berusia 4000 tahun? Kedua, bagaimana duit tersebut yang tahun pembuatannya 1997 boleh ditemui pada tahun 1994?

Laporan Rahsia Sulit NATO (North Atlantic Treaty Organization)

masa4

Mungkin fenomena kembali ke masa lampau boleh dikatakan sebagai mustahil serta ianya hanyalah suatu kebetulan oleh sesetengah orang. Namun seorang ahli fizik telah membocorkan rahsia yang sangat sulit dari NATO. Dalam fakta yang digambarkan dalam laporan tersebut beliau menceritakan, “Dalam suatu latihan terbang dari Eropa Timur pada tahun 1982, seorang pilot NATO melihat ratusan ekor dinosaurus. Juruterbang tersebut telah melalui daratan Afrika zaman prasejarah“. “Dalam suatu penerbangan yang lain, seorang juruterbang telah ‘tersesat’ ke zaman Perang Jerman (Perang Dunia ke-2). Pilot tentara Sekutu dan pesawat tempur Jerman melihat-nya, dan hanya dalam waktu satu minit kemudian, ia kembali ke alam nyata.

Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali?

Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita kembali ke masa lalu. Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat diperlambatkan.

masa5

Seorang ahli fizik dari Universiti California menganggarkan bahawa manusia memerlukan 200 ribu tahun untuk sampai ke Andromeda (Galaksi yang paling hampir dengan galaksi kita). Jika kita menaiki sebuah kapal angkasa yang berkecepatan cahaya pula, masa yang diperlukan ialah 20 tahun. Tetapi adakah akan wujud kenderaan yang berkepantasan begitu nanti. Seperti kapal angkasa dalam cerita Star Trek? Yang diketahui hanyalah para malaikat serta jin yang memiliki kepantasan seperti kepantasan cahaya.

Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya. Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.

Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu”. Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan” Einstein dan searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi, kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.

masa6

Segitiga perkaitan antara masa dan ruang serta kecepatan cahaya

masa7

Sehingga kini, fenomena ‘Masa berulang’ tidak lagi merupakan sebuah rahsia besar yang terlalu misteri. Apa yang diperlukan untuk kita kembali ke masa silam ialah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya. Mungkin juga seperti mesin dalan cerita ‘The Time Machine’ ataupun ‘Back To The Future’. Kedengaran seperti khayalan, namun siapa yang tahu apa yang akan dicipta pada masa yang akan datang? Tiada yang mustahil di zaman ini. Sama-samalah kita renungkannya…

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Blog Misteri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • kapal yang hilang trus kembali lagi
  • orang yang pernah tersesat diudara
  • kisah penumpang pesawat sandiago
  • kes pelik belum terjawab
  • kejadian kapal terbang hilang
  • benda plik msa kni
  • kapal hilang kembali lagi
  • kapal angkasa paling laju
  • duyung mati dijumpai manila
  • blog kisah best

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Seram

Tentang Penulis ()

Hamba Kepada Pencipta
McDonalds

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Din says:

    haahhaahah saya gelak sehingga hampir terkentut apabila membaca artikel ini. penulis, sila reply. :)

  2. dinetfm says:

    hahhaa…. ko terkentut?
    aku baca dari atas sampai bawah yg lain takde la pelek sgt tapi topic pasal duit syiling tu menyebabkan aku kurang percaya .. adakah rekaan semata2 atau cerita benar?

  3. hann says:

    .nak kate xpercaya pun susah .. kuasa Allah .. semua benda boley jadi .. xde ape yg mustahil zaman skarang nie .. :)

  4. Nurul says:

    Orang kapir je yg buat kajian mengarut camni. Org Islam ikut panduan dr al-quran. Semuanya kuasa Allah.

  5. faez says:

    yg pling jauh adalah “masa lalu”, sb x de knderaan pon akan sampai pd masa lalu ,
    dan yg pling dkat adalah “mati’ sb x de knderaan pon kte blh mati..

  6. Ahza says:

    Teori pelik orang putih… Fikir camni je la eah… Dinasour tu pun teori orang putih. Kalo dorang leh ‘terserampak’ dengan dinasour mengapa mereka tidak ‘terserampak’ dengan nabi-nabi Allah ataupun negara-negara yang menggunakan panji-panji agama Allah seperti negara nabi Isa ataupun Sulaiman? Pandangan dari langit, sudah semestinya tidak mustahil mereka boleh lihat kota yang penuh dengan panji-panji agama Allah dahulu? =,= Mengapa mereka mesti ‘terserampak’ dengan dinasour???? -,- Sama ada penulis ni bangang dan dah tak de cerita lain atau main dok copy paste tanpa ada usul periksa.

    • addie says:

      kuasa Allah swt…xde yg mustahil dgn kehendak-Nya…ko rasa layak ke dorang tuk ‘terserampak’ dengan nabi-nabi Allah ataupun negara-negara yang menggunakan panji-panji agama Allah seperti negara nabi Isa ataupun Sulaiman??? sedangkan ada segelintir umat Islam yg xdpt memasuki MasjidilHarram bila dh smpai kat sna,xnmpk Kaabah walaupun dh brda kat kawasan Kaabah…kenapa??? semua yg brlaku adalah dri kuasa Allah swt dn kehendak-Nya…

  7. Pengamat Dunia Misteri says:

    Memang susah nak percaya kecuali kita alami nya sendiri..