Luar Biasa! Aksi Ular Sawa Telan Anak Seladang

| December 7, 2012
 

Luar Biasa! Aksi Ular Sawa Telan Anak Seladang (Foto) | Kebiasaannya kita mendengar tentang kes ular sawa menelan haiwan seperti ayam mahupun kambing. Haiwan seperti ini sering menjadi sasaran ular sawa bagi mendapatkan makanan. Namun pernahkah kita terfikir, bahawa seekor ular sawa ini mampu menelan seekor seladang? Seperti yang agak sukar untuk dibayangkan. Biarpun ia hanya menelan anak seladang, aksi ini telah mendapat perhatian dari media antarabangsa.

Aksi seekor ular sawa Afrika cuba menelan seekor haiwan liar dirakam pegawai taman haiwan semalam.

Kelihatannya mata ular itu lebih besar daripada perutnya ketika ia ditemui di kawasan semak di Afrika Selatan ketika cuba untuk menelan haiwan itu.

Foto penemuan mengerikan itu dirakam di taman haiwan Welgevonden, Afrika Selatan oleh pengurusnya, Rudi Hulshof.

Hulshof, 35, berkata: “Ini kali pertama saya menyaksikan sesuatu seperti itu dan saya sudah bekerja sebagai renjer taman ini selama 15 tahun di Afrika Selatan, selain berkunjung ke negara Afrika lain.

“Ini pemandangan yang amat jarang berlaku dan setahu saya yang pertama direkodkan, jauh sekali rakaman foto dan dokumentari memaparkan ular sawa Afrika Selatan menangkap mangsa sebesar anak seladang.

“Memang perkara biasa untuk ular sawa menangkap mamalia hidup, tetapi selalunya terdiri daripada spesies lebih kecil seperti arnab, kambing impala, antelop, tupai, burung dan tikus. “Namun, menangkap sesuatu sebesar ini tidak pernah terlintas di fikiran. Dapat dilihat bagaimana ular sawa itu membuka mulutnya sebesar-besarnya dan cuba untuk menelan mangsanya,” katanya. “Saya lihat ular itu hanya diam di atas tanah. Apabila mendekatinya saya nampak ia sedang menelan anak seladang yang berusia dua bulan.

“Saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya saksikan sebelum berlari ke jalan raya secepat mungkin. “Saya perlu mendapatkan kamera saya dan merakam foto itu serta membenarkan pengunjung turut merakamnya sebelum matahari terbenam dalam tempoh beberapa minit lagi,” katanya.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber : Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • air terjun ulu seladang
  • luar biasa
  • ular sawa telan manusia
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Pelik

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.