Gempar! Lapan Kereta Tertimbus Akibat Tebing Tanah Runtuh

| December 26, 2012

Gempar! Lapan Kereta Tertimbus Akibat Tebing Tanah Runtuh | Seperti yang kita tahu, hujan turun tidak berhenti menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Beberapa buah pemilik kereta telah meletakkan kereta mereka di sebuah tebing tanah bagi mengelakkan ditenggelami air. Bagaimanapun malang tidak berbau apabila lokasi kereta yang diparkir tersebut telah runtuh dan menyebabkan lapan buah kereta tertimbus. KisahBest.My difahamkan setakat ini masih belum ada lagi angka kematian dicatatkan.

timbus

Lapan kereta yang diparkir di sebuah kampung air putih, dekat sini tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di jalan masuk utama Kilometer 139 Jalan Jabor-Jerangau, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Tebing jalan setinggi 40 meter runtuh menyebabkan lapan kereta yang diparkir penduduk di bahu jalan untuk mengelak dinaiki air tertimbus.

Keseluruhan jalan tertimbus sejauh 50 meter.

Dipercayai kemungkinan ada orang tidur dalam kereta yang tertimbus, namun belum dapat disahkan.

Operasi menyelamat bermula jam 5 pagi sehingga jam 2.30 petang berjaya mengeluarkan lima kereta dan operasi masih berjalan untuk mencari baki.

Operasi menyelamat membabitkan 50 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, JPAM, JKR dan kontraktor.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

 Sumber : Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • tanah runtuh jerangau jabor

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Semasa

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.