Seram! Penumpang Misteri Di Stesen Minyak

| November 8, 2012

Seram! Penumpang Misteri Di Stesen Minyak | Apabila kita membaca kisah-kisah seram, kita tidak boleh mempercayainya seratus peratus. Ini kerana apabila seseorang yang terlalu taksub dengan sesebuah cerita hantu, ia boleh merosakkan akidahnya. Tetapi apa yang paling penting sekali, kita perlu percaya bahawa makhluk halus itu tetap wujud dan ia merupakan ciptaan Allah SWT. Baiklah kisah seram yang ingin dibawakan pada kali ini adalah berkisarkan tentang seorang wanita misteri di salah sebuah stesen minyak. Seperti sebelum-sebelum ini juga, terdapat banyak kisah misteri apabila wujudnya wanita yang bertindak menahan kereta untuk minta ditumpangkan ke sebuah tempat. Ikuti kisah di bawah ini.

Sekadar gambar hiasan

Pada satu malam, seperti biasa pak abu, pergi lah ke stesen minyak di pekan berdekatan yg lebih kurang 18km lah jaraknya.. memang itulah rutin hariannya pada setiap malam.. alasannya supaya minyak di kedainya tidak kehabisan.. agar sentiasa ada bekalan jika ada pelanggannya yg keputusan minyak pada waktu malam jika berlaku kecemasan..

Setelah tiba di stesen minyak, pekerja2 disitu yg sudah faham dengan kehadirannya, mereka terus mengisi minyak kedalam tong2 yg sudah disediakan.. sementara menunggu pekerja2 stesen minyak mengisi penuh tong2 yg dibawanya, pak abu berbual2 dengan pemilik stesen minyak a.k.a sahabatnya itu.. semasa itulah muncul seorang gadis yg berumur dalam lingkungan 21tahun menyapa mereka berdua..pak abu terkejut melihat gadis yg memakai topi itu sedang menangis.. seolah2 ada masalah besar yg dihadapi olehnya.. lalu dia pun bertanya pada gadis itu.. apa masalahnya sehinga gadis itu menangis..

Gadis itu pun mengadu pada pak abu, yg dia tertinggal bus kilang.. pak abu pelik, macam mana pulak budak ni boleh tertinggal bus? tapi bila dilihat budak tu sedang menangis tak sampai hati pula dia nak bertanya dengan lebih lanjut..gadis itu meminta bantuan dari pak abu untuk menghantarnya pulang.. pak abu dengan senang hati bersetuju untuk membantu gadis tersebut.. setelah selesai mengisi minyak dan membuat bayaran pak abu pun berangkat untuk menghantar gadis tersebut..

Ketika didalam perjalanan, pak abu hanya mendiamkan diri.. melihat gadis yg ditumpangkan nya itu hanya tunduk dan tidak berkata apa2.. setelah tiba di kawasan kampung, gadis itu menunjukkan jalan ke rumahnya yg berada berdekatan  simpang empat.. pak abu memberhentikan kereta yg dipandunya.. gadis itu berlalu keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih pada pak abu.. pak abu hanya menganggukkan kepalanya.. entah kenapa dia rasakan ada sesuatu yg tak kena pada gadis itu.. tapi pak abu buat tak tahu je.. malas dia nak fikir semua tu..

Pak abu meneruskan perjalanan pulang kerumahnya.. setibanya dirumah, ketika hendak keluar dari kereta, dia terperasan ada satu barang di atas tempat duduk sebelahnya.. ada seutas gelang emas disitu.. terkejut pak abu.. dia teringatkan gadis yg di tumpangnya tadi.. sah barang kemas budak ni tertinggal, getus hatinya.. kemudian pak abu menyimpan gelang itu kedalam beg sandang nya..

Pada esoknya pagi2 lagi pak abu ke rumah gadis tersebut.. setelah mencari2 akhirnya pak abu pun sampailah kerumah gadis itu.. dia memberi salam kepada tuan rumah beberapa kali, keluarlah seorang pakcik sambil menjawab salam dan mereka berdua berjabat tangan. pak abu menceritakan segalanya pada tuan rumah yg bernama pak karim.. pakcik karim pula terpinga2 mendengar cerita pak abu… lalu pak abu mengeluarkan gelang emas dan diserahkan pada pak karim.. dia membelek2 gelang itu..dan dia memanggil isterinya, setelah isteri pak karim melihat gelang tersebut, seperti kehairanan kemudian isterinya termenung.. wajahnya tiba berubah sayu..

Isteri pak karim  lalu menceritakan perkara yg berlaku pada anaknya yg bernama rasidah itu baru sahaja meninggal dunia sebulan yg lalu kerana terlibat dalam kemalangan ketika pulang bekerja.. kemalangan ngeri itu  menyebabkan bahagian kepala dan tangan anaknya cedera parah.. dan gelang yg dipakai oleh rasidah ketika itu hilang tidak dijumpai..

Pak abu terkejut dengan apa yg diceritakan oleh isteri pak karim.. seperti mimpi apa yg dilaluinya semalam, rupa2nya gadis yg ditumpangkan itu telah meninggal dunia.. pak abu tak mampu nak berkata apa2.. dengan langkah lemah longlai dia terus meminta diri untk pulang.. itulah pengalaman yg tak mungkin dapat dilupakan seumur hidupnya..

Begitulah  kisah seram yg dilalui oleh pak abu ( bukan nama sebenar ). Apa pendapat korang tentang kisah yg aku paparkan ini? sebenarnya kisah2 macam ni sudah banyak kali kita dengar dan diceritakan orang… cuma versinya saja lain2kan.

Sumber : Nasir Hamzah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • 2 wanita hilang di stesen minyak
  • gambar patung disetesen minyak

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Seram

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. uncle lan says:

    memang ade bende bende tu saya pun dah kerap kali jumpa tapi tak mau nak cite panjang

  2. aqih says:

    ermmm…mgkn gadis tuh nk sruh pak bu tuh tolong pulangkn gelang yg hilang tuh pade ibu bapa die…

  3. Mama Nor says:

    Pernah alami kes seram. Masa kecik dulu, balik dari rumah org kawin. masa tu jalan kaki dgn nenek. Dlm keadaan gelap gelita. Sampai satu simpan, tiba-tiba kelihatan keluar 2 lelaki sedang membawa suluh yg dibuat dari daun kelapa. kami percepatkan langkah dgn tujuan nak menumpang cahaya dari suluh kedua lelaki tu. makin cepat langkah kami, makin jauh pulak jarak antara kami, sedangkan langkah keduanya tidak pun kelihatan laju. Apabila sampai simpang kerumah kami,kelihatan kedua-duanya tadi masuk kekawasan tanah perkuburan yg tak jauh dari rumah kami. Apabila sampai dirumah, perasaan seram pun timbul. Siapakah ‘mereka’? Tapi, ternyata api suluh yang mereka bawa, dapat membantu kami. Hanya Tuhan yang mengetahui.