Lelaki Maut Langgar Pekerja PLUS Di Plaza Tol

| November 30, 2012

Lelaki Maut Langgar Pekerja PLUS Di Plaza Tol | Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan sebuah kemalangan ngeri membabitkan pelanggaran di antara dua buah kereta iatiu Persona dan Waja (LINK), kali ini KisahBest.My difahamkan terdapat satu kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal di Plaza Tol berhampiran Sungai Besi dari arah Seremban.  Penunggang motosikal maut ditempat kejadian.

Gara-gara gagal mengelak seorang tukang sapu yang melintas berdekatan Lebuhraya Utara Selatan di sini, seorang Chef di sebuah hotel terkenal di Subang Jaya, maut akibat terhumban daripada motosikal ditungganginya di kilometer 310, dekat sini, pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, tukang sapu yang merupakan pekerja Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pula mengalami cedera parah dan masih mendapat rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi itu, ketika mangsa, Muhamad Sulaiman, 41, menunggang motosikal di lebuh raya dari arah Seremban menuju ke Kuala Lumpur.

Katanya, berhampiran plaza tol Sungai Besi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dipercayai bertembung dengan seorang pejalan kaki yang juga adalah pekerja Plus.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang sendirian ke tempat kerja di Subang Jaya melanggar pejalan kaki menyebabkan dia terpelanting dan jatuh ke atas jalan.

“Akibat hentakan kuat terhumban dari motosikal, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

“Manakala pejalan kaki, warga Indonesia  yang masih belum dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah dan masih mendapat rawatan di Hospital Serdang,” katanya.

Beliau berkata, kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 atau 016-9055595 untuk membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • kisah seram di plaza tol

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.