Ngeri! Tragedi Berdarah Konvoi Motor ‘Besar’

| November 23, 2012
 

Ngeri! Tragedi Berdarah Konvoi Motor ‘Besar’ | Aktiviti berkonvoi merupakan salah satu aktiviti yang sering dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang mewakili sesebuah kenderaan seperti kereta mahupun motosikal. Namun begitu, aspek keselamatan perlulah diutamakan lebih-lebih lagi melibatkan orang ramai. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan konvoi motosikal berkuasa tinggi ini apabila mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang maut.

Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan konvoi 12 motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum susur Subang Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53, ahli Kelab Kota Tinggi Bikers manakala isteri mangsa yang cedera parah, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

MAUT…anggota polis mengangkat mayat mangsa kemalangan motosikal berkuasa tinggi.

Antara mangsa yang cedera parah ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Asisten Superintendan Kamardin Yusof yang sedang bercuti.

Difahamkan, Kamardin bersama konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan ke Phuket, Thailand, dan beliau patah tangan kanan.

TERUK…keadaan motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah SUV, semalam.


Menurut sumber polis trafik, kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV jenis Honda CRV yang berada di laluan tengah lebuh raya berkenaan, menukar laluan secara tiba-tiba.

Sumber : Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci Google:

  • cerita motor besar lama
  • kemalangan motor besar
  • kemalangan motosikal berkuasa tinggi 2012
  • moto besar
  • tragedi motor
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

Tentang Penulis ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)
McDonalds

Comments are closed.